1. POLEMIK - Perbahasan yang dilakukan
dalam surat khabar atau dalam majalah mengenai sesuatu perkara
Contoh ayat: Sejak kebelakangan ini,
isu krisis air di Selangor sering menjadi polemik dalam kalangan masyarakat.
2. MARHAEN - Rakyat jelata
Contoh ayat: Golongan marhaen
hendaklah menyuarakan suara atau pendapat dengan menggunakan saluran yang betul
untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku.
3. KULAWARGA - Keluarga
Contoh ayat: Ibu bapa dan anak-anak
haruslah bersatu hati untuk membentuk satu kulawarga yang bahagia.
4. DASAWARSA - Dekad
Contoh ayat: Pembentukan individu
secara holistik perlu dititikberatkan untuk mencapai kemajuan negara pada
dasawarsa ini.
5. IKHTISAR - Pendapat yang ringkas
mengenai sesuatu
Contoh ayat: Semasa mesyuarat
berlangsung, setiap orang perlu memberikan ikhtisar yang bernas untuk
menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.
6. AMSAL/TAMSIL - Seperti, umpama,
misal
Contoh ayat: Amsalnya, para pelajar
haruslah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjamin masa depan yang
cerah.
7. WASILAH - Ikatan
Contoh ayat: Kita haruslah menjaga
wasilah sesama manusia untuk melahirkan masyarakat yang penyayang dan prihatin
di antara satu sama lain.
8. NIRMALA - Suci
Contoh ayat: Kita hendaklah
memastikan bahan masakan yang hendak digunakan bersih dan nirmala daripada
sebarang kekotoran supaya kita sentiasa sihat dan tidak mudah jatuh sakit.
9. SAKINAH - Ketenangan
Contoh ayat: Alif selalu ke tepi
pantai setiap kali habis bekerja untuk memperoleh sakinah selepas penat bekerja
seharian.
10. SINERGI - Kerjasama
Contoh ayat: Sebagai satu pasukan,
kamu hendaklah bersinergi dan saling bantu-membantu sesama ahli kumpulan yang
lain supaya kerja-kerja yang diberikan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
11. USLUB/MINHAJ/MANHAJ - Kaedah, cara
Contoh ayat: Tidur yang cukup
merupakan uslub untuk kekal sihat dan sentiasa aktif ketika berada di dalam
kelas.
12. PRAKARSA - Inisiatif
Contoh ayat: Kerajaan telah
melaksanakan pelbagai prakarsa dalam membantu golongan berpendapatan rendah
untuk mendapatkan tempat tinggal mampu milik dan bantuan untuk menampung kos
sara hidup yang semakin meningkat.
13. AFORISME - Ungkapan, peribahasa,
bidalan
Contoh ayat: Para guru menanggung
tanggungjawab untuk mendidik anak-anak muridnya dengan penuh amanah bertepatan
dengan aforisme, menatang minyak yang penuh.
14. SIRNA - Hilang
Contoh ayat: Alia menangis
teresak-esak kerana rantai tinggalan arwah ibunya telah sirna apabila dia
meninggalkan rantainya itu di atas meja buat seketika.
15. JAGATRAYA - Seluruh dunia
Contoh ayat: Kehilangan pesawat
MH307 sudah menjadi topik bualan yang hangat di jagatraya.
16. SEANTERO - Seluruh
Contoh ayat: Pak Mat bercita-cita
untuk meluaskan perniagaan kek batiknya ke seantero dunia dan menjadi salah
seorang usahawan yang terkemuka di dunia.
17. OBLIGASI - Kewajiban
Contoh ayat: Menjaga kedamaian dan
keharmonian negara merupakan satu obligasi kepada setiap rakyat untuk menjamin
kedaulatan negara.
18. MAYAPADA/MARCAPADA - Dunia hari ini
Contoh ayat: Marcapada, kanak-kanak
lebih gemar untuk bermain permainan elektronik daripada beriadah di luar rumah.
19. MAPAN - Tidak berubah, sudah
diterima umum
Contoh ayat: Peraturan sekolah yang
mapan mampu untuk membentuk pelajar yang berdisiplin tinggi.
20. SEYOGIA - Sepatutnya
Contoh ayat: Seyogia, para ibu bapa
patut memainkan peranan yang amat penting untuk membentuk anak-anak yang
berbudi pekerti.
21. SEMENTELAHAN - Tambahan pula
Contoh ayat: Rakyat haruslah bersatu
padu untuk mengelakkan permusuhan atau perkara-perkara yang tidak diingini
daripada berlaku. Sementelahan tu, rakyat juga perlu berbakti dan
mempertahankan negara hingga ke titisan darah yang terakhir.
22. MAUDUK - Pokok perbincangan
Contoh ayat: Pada hari ini, mauduk
pidato saya yang akan saya bawakan kepada anda semua ialah, Kelebihan
Mengadakan Perhimpunan Rasmi kepada Pelajar.
23. PADAU - Layar
Contoh ayat: Sebelum padau
diturunkan pada malam ini, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu patriotik
sebagai tanda Sambutan Hari Kemerdekaan kita pada kali ini sudah sampai ke
penghujungnya.
24. TEGAR - Tidak dapat dilenturkan,
keras
Contoh ayat: Hakim merupakan seorang
pemain permainan video yang tegar sehingga melupakan tanggungjawabnya sebagai
seorang pelajar.
25. KONGKALIKUNG - Sekongkol dalam
melakukan sesuatu yang tidak baik
Contoh ayat: Helmi dan beberapa
orang rakannya berkongkalikung merompak sebuah bank di kawasan perumahannya.
26. MENYISIR - Mengemaskan
Contoh ayat: Amirul menyisir
rambutnya yang kelihatan kusut sebelum bertemu dengan kekasihnya yang sudah
menunggu lama di restoran itu.
27. MAHMUDAH - Terpuji
Contoh ayat: Kita haruslah membina
sifat-sifat mahmudah di dalam diri kita supaya masyarakat selesa dan
menghormati kita.
28. GEMULAH - Arwah
Contoh ayat: Gemulah pernah
menyatakan bahawa tanah miliknya haruslah dibahagikan sama rata di antara
anak-anaknya.
29. CERITERA - Cerita
Contoh ayat: Untuk mengelakkan
daripada sebarang salah faham, kita seharusnya menghindarkan diri daripada
mendengar ceritera palsu yang mampu membawa kepada permusuhan.
30. INTI PATI - Bahagian yang penting
Contoh ayat: Peraturan-peraturan di
sekolah merupakan inti pati yang wajar dipatuhi para pelajar untuk membentuk
individu yang berdisiplin dan bersahsiah tinggi.
31. BERIJTIHAD - Memberikan tafsiran
berdasarkan peraturan tertentu
Contoh ayat: Amran mengkaji isi-isi
penting yang bakal disampaikan di dalam pidatonya agar mampu berijtihad apabila
ditanyakan soalan oleh pihak juri.
32. MENGHADAP - Menghala, mengarah
Contoh ayat: Pemandangan dari bilik
saya amat cantik kerana ia menghadap ke arah laut.
33. BELASUNGKAWA - Ucapan takziah
Contoh ayat: Amir mengucapkan
belasungkawa kepada rakannya yang baru sahaja kehilangan bapanya awal pagi
tadi.
34. KENDATIPUN - Meskipun
Contoh ayat: Kendatipun Alia sering
mendapat tempat terakhir di dalam kelas, dia tidak pernah melawan kata
guru-gurunya.
35. SIGNIFIKAN - Penting
Contoh ayat: Tidur merupakan perkara
yang paling signifikan untuk kekal sihat dan aktif untuk mengharungi cabaran
setiap hari.
36. TERAMPIL - Cekap dalam melaksanakan
sesuatu
Contoh ayat: Ibu merupakan seorang
yang terampil kerana dia mampu melakukan sesuatu kerja dengan cukup pantas.
37. PROGNOSIS - Ramalan, telahan
Contoh ayat: Mengikut prognosis
cuaca pada hari ini, hujan lebat akan melanda kawasan sekitar Shah Alam dan
cuaca cerah bagi kawasan sekitar Puchong.
38. PROKLAMIR - Pengisytiharan
Contoh ayat: Cikgu Sidek
memproklamir Akil sebagai Tokoh Murid bagi tahun 2018.
39. TRAGEDI - Peristiwa yang menyedihkan
Contoh ayat: Tragedi kematian
seorang pelajar kerana dibuli oleh rakan sekolahnya memberi kesedaran kepada
ibu bapa untuk menjadi lebih prihatin terhadap kelakuan anak-anak mereka.
40. KULAWARGA - Keluarga
Contoh ayat: Kulawarga yang bahagia
ialah keluarga yang hidup secara aman dan hormani di mana tiada salah faham
atau pergolakan yang berlaku di dalam suatu institusi kekeluargaan tersebut.
41. JALUR LEBAR - Rangkaian yang
mempunyai julat yang besar
Contoh ayat: Kemudahan jalur lebar
di sekolah membolehkan pelajar untuk meneroka bidang ilmu yang diminatinya
dengan lebih mendalam.
42. NIHILISME - Fahaman yang menolak
nilai
Contoh ayat: Fahaman nihilisme
haruslah dihapuskan daripada golongan remaja untuk menjamin masa depan negara
dan membentuk individu yang mampu memimpin negara pada suatu hari nanti.
43. MOBILITI - Perihal mudah bergerak
dan digerakkan
Contoh ayat: Pasukan yang sentiasa
bekerjasama dan bermobiliti mampu untuk memenangi permainan pada hari ini.
44. HEDONISME - Pandangan hidup yang
mementingkan keseronokan
Contoh ayat: Pada masa kini, remaja
sudah terpengaruh dengan budaya hedonisme dan perkara ini harus dibendung
dengan kadar segera.
45. FRANCAIS - Kebenaran oleh pengeluar
untuk memasarkan barangannya
Contoh ayat: Puan Aminah sudah
melebarkan sayap perniagaannya dengan membuka beberapa francais di sekitar
Malaysia.
46. SAF - Baris
Contoh ayat: Ibu bapa dan guru
haruslah bergerak dalam satu saf untuk mendidik anak-anak muda untuk menjamin
masa depan yang cerah buat mereka.
47. PARADIGMA - Model yang jelas tentang
sesuatu
Contoh ayat: Kerajaan sedang
merancang untuk melakukan anjakan paradigma agar masalah penyulusupan dadah ke
dalam negara dapat dibendung.
48. KODIFIKASI - Kegiatan menyusun
maklumat
Contoh ayat: Arman sedang melakukan
kodifikasi mengenai kajian yang telah dibuatnya untuk memudahkan dia menyemak
maklumat-maklumat tersebut.
49. ENTENG - Ringan, mudah
Contoh ayat: Masalah gejala sosial
pada masa kini tidak boleh dipandang enteng dan tindakan segera harus diambil
supaya perkara ini tidak berlarutan.
50. CAKNA - Ambil berat
Contoh ayat: Semua pelajar haruslah
cakna dan peka dengan informasi yang bakal disampaikan oleh guru-guru bertugas
semasa perhimpunan rasmi nanti.
51. TUNTAS - Menyeluruh dan lengkap
Contoh ayat: Tuntasnya, bantuan BR1M
ini mampu untuk membantu golongan berpendapatan rendah dengan kos sara hidup
yang tinggi pada masa kini.
52. IZHAR - Jelas
Contoh ayat: Izharnya, media sosial
mampu untuk mempengaruhi minda golongan muda untuk terlibat sama dalam masalah
gejala sosial yang semakin menjadi-jadi.
53. AFDAL - Lebih baik
Contoh ayat: Amalan membaca
merupakan inisiatif yang afdal untuk kita menambah ilmu pengetahuan serta
mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.
54. JERAYAWARA - Pameran, ceramah
Contoh ayat: Kerajaan haruslah
mengadakan jerayawara buku dengan lebih kerap untuk memupuk minat membaca dalam
kalangan rakyat.
55. REKAYASA - Penerapan unsur-unsur
ilmu
Contoh ayat: Kaedah rekayasa semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran dapat menjamin proses tersebut berjalan dengan
efektif dan bermakna.
56. EGOSENTRIK - Mementingkan keperluan
sendiri
Contoh ayat: Kita haruslah
mengelakkan diri daripada sifat egosentrik sesama jiran kita untuk membina
suasana kejiranan yang ceria dan harmoni.
57. ADIWANGSA - Bangsa mulia
Contoh ayat: Kita seharusnya
berusaha bersungguh-sungguh untuk menaikkan nama negara ke mata dunia supaya
kita menjadi adiwangsa yang mengharumkan nama negara.
58. EGALITARIANISME - Fahaman bahawa
semua orang sama rata
Contoh ayat: Kerajaan melaksanakan
gagasan ‘1 Malaysia’ untuk menerapkan fahaman egalitarianisme ke segenap
lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai adat dan budaya.
59. ATMA - Jiwa
Contoh ayat: Suasana pembelajaran
yang tidak kondusif mampu memberikan gangguan atma kepada pelajar sekali gus
memberi impak yang buruk kepada prestasi akademik pelajar tersebut.
60. BOBROK - Rosak, binasa
Contoh ayat: Ayah telah membeli
membeli sofa baru untuk menggantikan sofa lama yang sudah bobrok di ruang tamu
rumah kami.
61. PENGITLAKAN - Membuat rumusan
Contoh ayat: Sebagai pengitlakan,
kerajaan dan rakyat haruslah berganding bahu menyelesaikan masalah pencemaran
alam sekitar yang semakin menjadi-jadi supaya negara kita sentiasa berada dalam
keadaan yang bersih.
62. EFISIEN - Berkesan
Contoh ayat: Mesin jahit itu sudah
berfungsi secara efisien setelah dibaiki oleh ayah beberapa hari lepas.
63. GELANDANGAN - Merempat
Contoh ayat: Fawwaz sedih melihat
seorang gelandangan yang dipukul kerana memakan sisa-sisa makanan di sebuah
restoran yang dilaluinya.
64. MUASIR - Kontemporari, semasa
Contoh ayat: Muasir ini, kadar
kemalangan jalan raya semakin meningkat dan perkara ini disebabkan oleh
kecuaian pemandu sendiri.
65. SIMBIOSIS - Perkaitan hidup antara
dua atau lebih organisma
Contoh ayat: Sudah terang lagi
bersuluh, simbiosis antara guru-guru dan para pelajar mampu menghidupkan
suasana pembelajaran yang kondusif dan selamat.
66. PIDANA - Kejahatan
Contoh ayat: Ibu bapa haruslah
sentiasa memantau kelakuan anak-anak mereka untuk mengelakkan mereka daripada
melakukan sebarang pidana.
67. NINGRAT - Orang mulia
Contoh ayat: Amri dianggap sebagai
golongan ningrat kerana sanggup berkorban harta benda untuk menolong golongan
kurang berkemampuan dan gelandangan di kawasan sekitar Kuala Lumpur.
68. JEMBEL - Miskin
Contoh ayat: Walaupun Hani berasal
daripada keluarga yang jembel, namun perkara tersebut tidak pernah sekalipun
mematahkan semangat Hani untuk terus belajar dan mengejar cita-citanya untuk
menjadi seorang jurutera pada masa akan datang.
69. MURBA - Rakyat jelata
Contoh ayat: Sebagai golongan murba,
kita seharusnya sentiasa patuh dengan undang-undang negara agar kedaulatan
negara sentiasa terjamin.
70. PROLETAR - Kaum yang suka membunuh /
membuat kacau
Contoh ayat: Kerajaan sewajarnya
menghapuskan golongan-golongan proletar yang selalu membuat kacau di sekitar
ibu kota supaya rakyat dapat hidup aman dan tenteram.
No comments:
Post a Comment