Sunday 11 February 2018

DRAMA PENDEK ADAPTASI NOVEL LEFTENAN ADNAN

Leftenan Adnan 4K5 2K18

Di atas saya sertakan link untukdrama pendek adapatasi daripada novel Leftenan Adnan. Semoga bermanfaat untuk semua.

Thursday 8 February 2018

JAWAPAN LATIHAN PERCUBAAN PEPERIKSAAN SPM - NEGERI SEMBILAN - KERTAS 2 - SOALAN 3

SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA


(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan.

      (i) Kami sekeluarga ingin melawat jiran kami yang terlibat dalam kemalangan di Hospital                        Banting.
          Doktor tersebut sedang merawat pesakitnya yang menghidapi penyakit kulit.

      (ii) Ayah sedang mengewap air yang terperangkap di dalam keretanya itu.
            Aiman sering menguap di dalam kelas kerana dia tidur lambat demi menyiapkan kerja                          sekolahnya semalam.

      (iii) Razina mengelar ikan tersebut sebelum dilumuri dengan garam dan kunyit.
             Azim menyelar pandangan rakan sekerjanya dengan hujah yang yang lebih kuat dan kukuh.

(b) Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif.

     (i) Kami telah melaksanakan tugas mengemaskinikan maklumat carta organisasi Persatuan                       Bahasa Melayu pada petang semalam
      
     (ii) Kami sangat memerlukan bimbingan awak untuk memastikan kertas kerja yang disediakan                 menepati format yang dikehendaki.

     (iii) Kementerian Pendidikan melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia adalah                    untuk melonjakkan kualiti pendidikan di negara ini.

(c) Senaraikan dan betulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan.

     (i) Penulis mengabadikan kisah hidup beliau sebagai negarawan dalam sebuah biografi.

     (ii) Kualiti turapan jalan raya itu tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja                Raya.
       
     (iii) Beberapa orang penjawat awam yang berprofil tinggi dikenal pasti oleh Suruhanjaya                            Pencegahan Rasuah Malaysia terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.

(d) Senaraikan dan betulkan satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.

     (i) Kewujudan media sosial telah mencetuskan fenomena perang persepsi dalam kalangan                       masyarakat masa ini / kini.

     (ii) Senaman yang konsisten dengan teknik yang betul akan dapat mengatasi masalah hipertensi                 dan diabetes.

      (iii) Halia, pegaga dan serai adalah antara herba yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.