Tuesday 16 October 2018

Jawapan Kertas Bahasa Melayu Peperiksaan Percubaan SPM Negeri Pulau Pinang: Kertas 2

Soalan 1 : Rumusan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang manfaat tarian sebagai
medium perkembangan remaja dan cara-cara menggalakkan penyertaan tarian di sekolah.

Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

  Petikan membincangkan kelebihan tarian sebagai medium perkembangan remaja di Malaysia.

  Antara kelebihan tarian sebagai medium perkembangan remaja ialah membentuk sahsiah dan jati diri serta menonjolkan bakat dan potensi diri mereka yang lahir secara semula jadi. Selain itu, remaja dapat mengetahui susur galur keturunan dan sejarah tarian tradisional di Malaysia. Seterusnya, tarian dapat menyatukan pelajar tanpa mengira kaumdi samping melahirkan individu yang berdisiplin tinggi. Tambahan pula, medium ini, dapat melahirkan keupayaan remaja untuk menguasai sesuatu gerakan kreatif.

  Antara cara-cara menggalakkan oenyertaan tarian di sekolah adalah dengan menubuhkan kelab tarian serta mengadakan pelbagai pertandingan tarian untuk mencungkil bakat baru.

  Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama demi memartabatkan bidang tarian supaya warisan kesenian dapat diteruskan kepada generasi akan datang.

(116 patah perkataan)

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2 (a) - Petikan Umum

(i) Maksud rangkai kata kemampuan individu  ialah keupayaan seseorang.

(ii) Antara peranan ibu bapauntuk menggalakkan anak-anak menyertai tarian adalah dengan memberikan sokongan dan peluang untuk anak-anak mereka mengambil bahagian dalam bidang tarian. Selain itu, motivasi haruslah diberikan secara berterusan kepada anak-anak supaya mampu melahirkan individu yang aktif dalam seni tari.

(iii) Antara usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan bidang kesenian dan kebudayaan di Malaysia adalah dengan memperkenalkan bidang tersebut kepada orang ramai sejak di bangku sekolah lagi. Selain itu, kerajaan boleh mengadakan pertandingan kesenian dan kebudayaan yang mampu disertai oleh segenap lapisan masyarakat.

Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden

(i) Keadaan anak-anak muda di kota menunjukkan bahawa mereka tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama. Selain itu, mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi.

(ii) Antara langkah-langkah yang dapat diambil oleh ibu bapa untuk membendung keruntuhan akhlak generasi muda di kawasan bandar adalah dengan memberikan didikan agama dan moral kepada anak-anak. Seterusnya, ibu bapa haruslah mencurahkan sepenuh kasih sayang dan meluangkan masa bersama anak-anak.

(iii) Satu persoalan yang terdapat dalam petikan ialah persoalan tentang pencemaran bahasa. Contohnya, anak-anak muda lelaki dan perempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah apa-apa.

Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional 

(i) Maksud penjurit besar  ialah penjahat terkenal.

(ii) Tindakan yang dilakukan oleh Kertala Sari sebaik sahaja sampai ke Melaka ialah singgah ke luar kota. Seterusnya, Kertala Sari menyamar dan berjalan keluar masuk kampung.

(iii) Antara cara-cara untuk menewaskan Laksamana adalah dengan mengupah orang lain untuk membunuh Laksamana. Selain itu, saya boleh menggunakan tipu helah untuk menewaskan Laksamana ataupun bertarung secara pahlawan.

Soalan 2 (d) - Sajak

(i) Cara-cara penyajak menzahirkan keinsafan atas dosa-dosa yang lalu kepada Tuhannya adalah dengan melafazkan ungkapan taubat kepada Tuhan dan berdoa memohon ampun kepada Tuhan.

(ii) Antara kesan-kesan jika seseorang manusia itu sedar bahawa dunia ini bersifat sementara ialah individu tersebut tidak akan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Tuhan. Selain itu,  individu tersebut akan sedaya upaya mendekatkan dirinya kepada Sang Pencipta serta sentiasa melakukan amalan-amalan baik. 

(iii) Dua nilai murni yang terdapat dalam sajak ini, yang pertama ialah nilai kesedaran. Contohnya, penyajak sedar bahawa dunia ini bersifat sementara dan berharap dirinya tidak melupakan hal tersebut. Yang kedua ialah nilai keikhlasan. Contohnya, penyajak melafazkan taubat secara ikhlas dan memohon ampun atas dosa-dosa lalu.

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) (i) Lengan adik luka kerana dicakar kucing peliharaannya.
     (ii) Pada Hari Raya, jalan raya di kota itu amat lengang.

(ii) (i) "Jangan timang anak itu tinggi-tinggi, nanti jatuh," kata mak kepada adik.
      (ii) "Tolong timbang sayur itu," kata ibu kepada pekedai itu.

(iii) (i) Polis trafik itu melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh integriti walaupun harus bekerja di tengah panas.
      (ii) Peristiwa tragik semalam masih terbayang dalam ingatan saya apabila empat orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya.


(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Pelajar tingkatan Lima Ceria diajar oleh Cikgu Hasnul mata pelajaran Sejarah pada setiap hari Sabtu.

(ii) Pokok rambutan yang reput itu telah ditebang oleh pekerja kontrak petang tadi.

(iii) Motosikal pusaka kesyangan ayah kami baiki di Bengkel Mutiara.


(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari
segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) habiskan - menghabiskan, cucok - cucuk

(ii) menghadiahi - menghadiahkan, senaskah - senaskhah

(iii) engkar - ingkar, menggaul - bergaul


(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) keharmonian - kecantikan, para-para - para

(ii) tua - usang, demi untuk - demi/untuk

(iii) diwartakan - diarahkan, di - pada


(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti kemudian kemukakan satu peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat berkenaan.

(i) sudah terhantuk baru terngadah
(ii) air dicincang tidak akan putus
(iii) pelanduk dua serupa


Soalan 4 : Novel 

(a)  Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib.

   Antara keistimewaan watak utama ialah Leftenan Adnan merupakan seorang yang bijaksana. Contohnya, Leftenan adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera Sikh yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang. Kesemua tentera itu berjaya dibunuh dan beliau mendapat pujian daripada Jeneral A. E. Percival.

   Selain itu, Leftenan Adnan juga seorang yang berani. Buktinya, Leftenan adnan berani berjuang menentang tentera Jepun hingga ke titisan darah yang terakhir. Keberaniaan Leftenan Adnan menyebabkan Regimen Askar Melayu berjaya menghalang kemaraan tentera Jepun di Singapura. Tentera Jepun terpaksa berundur dan ramai tentera Jepun terbunuh.


(b)  Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib dan Tirani karya Beb Sabariah.

   Satu latar tempat dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah Bukit Candu. Buktinya, Leftenan Adnan terkorban dan mayatnya digantung di dahan pokok ceri. Mayatnya digantung dengan kepala ke bawah dan ditikam bertalu-talu oleh tentera Jepun.

   Satu latar tempat dalam novel Tirani ialah Chalet Tajau Emas. Buktinya, ia merupakan tempat Waheeda mengalami kecederaan pada muka dan hidung akibat digigit dan dicakar oleh monyet Belanda yang meluru masuk secara tiba-tiba.

No comments:

Post a Comment