Monday 8 October 2018

KOSA KATA BOLEH DIGUNAKAN DALAM PENULISAN KARANGAN BERSERTA CONTOH AYAT


 KOSA KATA BOLEH DIGUNAKAN DALAM PENULISAN KARANGAN BERSERTA CONTOH AYAT


1. POLEMIK - Perbahasan yang dilakukan dalam surat khabar atau dalam majalah mengenai sesuatu perkara

Contoh ayat: Sejak kebelakangan ini, isu krisis air di Selangor sering menjadi polemik dalam kalangan masyarakat.

2. MARHAEN - Rakyat jelata

Contoh ayat: Golongan marhaen hendaklah menyuarakan suara atau pendapat dengan menggunakan saluran yang betul untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

3. KULAWARGA - Keluarga

Contoh ayat: Ibu bapa dan anak-anak haruslah bersatu hati untuk membentuk satu kulawarga yang bahagia.

4. DASAWARSA - Dekad

Contoh ayat: Pembentukan individu secara holistik perlu dititikberatkan untuk mencapai kemajuan negara pada dasawarsa ini.

5. IKHTISAR - Pendapat yang ringkas mengenai sesuatu

Contoh ayat: Semasa mesyuarat berlangsung, setiap orang perlu memberikan ikhtisar yang bernas untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

6. AMSAL/TAMSIL - Seperti, umpama, misal

Contoh ayat: Amsalnya, para pelajar haruslah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjamin masa depan yang cerah.

7. WASILAH - Ikatan

Contoh ayat: Kita haruslah menjaga wasilah sesama manusia untuk melahirkan masyarakat yang penyayang dan prihatin di antara satu sama lain.

8. NIRMALA - Suci

Contoh ayat: Kita hendaklah memastikan bahan masakan yang hendak digunakan bersih dan nirmala daripada sebarang kekotoran supaya kita sentiasa sihat dan tidak mudah jatuh sakit.

9. SAKINAH - Ketenangan

Contoh ayat: Alif selalu ke tepi pantai setiap kali habis bekerja untuk memperoleh sakinah selepas penat bekerja seharian.

10. SINERGI - Kerjasama

Contoh ayat: Sebagai satu pasukan, kamu hendaklah bersinergi dan saling bantu-membantu sesama ahli kumpulan yang lain supaya kerja-kerja yang diberikan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

11. USLUB/MINHAJ/MANHAJ - Kaedah, cara

Contoh ayat: Tidur yang cukup merupakan uslub untuk kekal sihat dan sentiasa aktif ketika berada di dalam kelas.

12. PRAKARSA - Inisiatif

Contoh ayat: Kerajaan telah melaksanakan pelbagai prakarsa dalam membantu golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan tempat tinggal mampu milik dan bantuan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

13. AFORISME - Ungkapan, peribahasa, bidalan

Contoh ayat: Para guru menanggung tanggungjawab untuk mendidik anak-anak muridnya dengan penuh amanah bertepatan dengan aforisme, menatang minyak yang penuh.

14. SIRNA - Hilang

Contoh ayat: Alia menangis teresak-esak kerana rantai tinggalan arwah ibunya telah sirna apabila dia meninggalkan rantainya itu di atas meja buat seketika.

15. JAGATRAYA - Seluruh dunia

Contoh ayat: Kehilangan pesawat MH307 sudah menjadi topik bualan yang hangat di jagatraya.

16. SEANTERO - Seluruh

Contoh ayat: Pak Mat bercita-cita untuk meluaskan perniagaan kek batiknya ke seantero dunia dan menjadi salah seorang usahawan yang terkemuka di dunia.

17. OBLIGASI - Kewajiban

Contoh ayat: Menjaga kedamaian dan keharmonian negara merupakan satu obligasi kepada setiap rakyat untuk menjamin kedaulatan negara.

18. MAYAPADA/MARCAPADA - Dunia hari ini

Contoh ayat: Marcapada, kanak-kanak lebih gemar untuk bermain permainan elektronik daripada beriadah di luar rumah.

19. MAPAN - Tidak berubah, sudah diterima umum

Contoh ayat: Peraturan sekolah yang mapan mampu untuk membentuk pelajar yang berdisiplin tinggi.

20. SEYOGIA - Sepatutnya

Contoh ayat: Seyogia, para ibu bapa patut memainkan peranan yang amat penting untuk membentuk anak-anak yang berbudi pekerti.

21. SEMENTELAHAN - Tambahan pula

Contoh ayat: Rakyat haruslah bersatu padu untuk mengelakkan permusuhan atau perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Sementelahan tu, rakyat juga perlu berbakti dan mempertahankan negara hingga ke titisan darah yang terakhir.

22. MAUDUK - Pokok perbincangan

Contoh ayat: Pada hari ini, mauduk pidato saya yang akan saya bawakan kepada anda semua ialah, Kelebihan Mengadakan Perhimpunan Rasmi kepada Pelajar.


23. PADAU - Layar

Contoh ayat: Sebelum padau diturunkan pada malam ini, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu patriotik sebagai tanda Sambutan Hari Kemerdekaan kita pada kali ini sudah sampai ke penghujungnya.

24. TEGAR - Tidak dapat dilenturkan, keras

Contoh ayat: Hakim merupakan seorang pemain permainan video yang tegar sehingga melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar.

25. KONGKALIKUNG - Sekongkol dalam melakukan sesuatu yang tidak baik

Contoh ayat: Helmi dan beberapa orang rakannya berkongkalikung merompak sebuah bank di kawasan perumahannya.

26. MENYISIR - Mengemaskan

Contoh ayat: Amirul menyisir rambutnya yang kelihatan kusut sebelum bertemu dengan kekasihnya yang sudah menunggu lama di restoran itu.

27. MAHMUDAH - Terpuji

Contoh ayat: Kita haruslah membina sifat-sifat mahmudah di dalam diri kita supaya masyarakat selesa dan menghormati kita.

28. GEMULAH - Arwah

Contoh ayat: Gemulah pernah menyatakan bahawa tanah miliknya haruslah dibahagikan sama rata di antara anak-anaknya.

29. CERITERA - Cerita

Contoh ayat: Untuk mengelakkan daripada sebarang salah faham, kita seharusnya menghindarkan diri daripada mendengar ceritera palsu yang mampu membawa kepada permusuhan.

30. INTI PATI - Bahagian yang penting

Contoh ayat: Peraturan-peraturan di sekolah merupakan inti pati yang wajar dipatuhi para pelajar untuk membentuk individu yang berdisiplin dan bersahsiah tinggi.

31. BERIJTIHAD - Memberikan tafsiran berdasarkan peraturan tertentu

Contoh ayat: Amran mengkaji isi-isi penting yang bakal disampaikan di dalam pidatonya agar mampu berijtihad apabila ditanyakan soalan oleh pihak juri.

32. MENGHADAP - Menghala, mengarah

Contoh ayat: Pemandangan dari bilik saya amat cantik kerana ia menghadap ke arah laut.

33. BELASUNGKAWA - Ucapan takziah

Contoh ayat: Amir mengucapkan belasungkawa kepada rakannya yang baru sahaja kehilangan bapanya awal pagi tadi.

34. KENDATIPUN - Meskipun

Contoh ayat: Kendatipun Alia sering mendapat tempat terakhir di dalam kelas, dia tidak pernah melawan kata guru-gurunya.

35. SIGNIFIKAN - Penting

Contoh ayat: Tidur merupakan perkara yang paling signifikan untuk kekal sihat dan aktif untuk mengharungi cabaran setiap hari.

36. TERAMPIL - Cekap dalam melaksanakan sesuatu

Contoh ayat: Ibu merupakan seorang yang terampil kerana dia mampu melakukan sesuatu kerja dengan cukup pantas.

37. PROGNOSIS - Ramalan, telahan

Contoh ayat: Mengikut prognosis cuaca pada hari ini, hujan lebat akan melanda kawasan sekitar Shah Alam dan cuaca cerah bagi kawasan sekitar Puchong.

38. PROKLAMIR - Pengisytiharan

Contoh ayat: Cikgu Sidek memproklamir Akil sebagai Tokoh Murid bagi tahun 2018.

39. TRAGEDI - Peristiwa yang menyedihkan

Contoh ayat: Tragedi kematian seorang pelajar kerana dibuli oleh rakan sekolahnya memberi kesedaran kepada ibu bapa untuk menjadi lebih prihatin terhadap kelakuan anak-anak mereka.

40. KULAWARGA - Keluarga

Contoh ayat: Kulawarga yang bahagia ialah keluarga yang hidup secara aman dan hormani di mana tiada salah faham atau pergolakan yang berlaku di dalam suatu institusi kekeluargaan tersebut.

41. JALUR LEBAR - Rangkaian yang mempunyai julat yang besar

Contoh ayat: Kemudahan jalur lebar di sekolah membolehkan pelajar untuk meneroka bidang ilmu yang diminatinya dengan lebih mendalam.

42. NIHILISME - Fahaman yang menolak nilai

Contoh ayat: Fahaman nihilisme haruslah dihapuskan daripada golongan remaja untuk menjamin masa depan negara dan membentuk individu yang mampu memimpin negara pada suatu hari nanti.

43. MOBILITI - Perihal mudah bergerak dan digerakkan

Contoh ayat: Pasukan yang sentiasa bekerjasama dan bermobiliti mampu untuk memenangi permainan pada hari ini.

44. HEDONISME - Pandangan hidup yang mementingkan keseronokan

Contoh ayat: Pada masa kini, remaja sudah terpengaruh dengan budaya hedonisme dan perkara ini harus dibendung dengan kadar segera.

45. FRANCAIS - Kebenaran oleh pengeluar untuk memasarkan barangannya

Contoh ayat: Puan Aminah sudah melebarkan sayap perniagaannya dengan membuka beberapa francais di sekitar Malaysia.

46. SAF - Baris

Contoh ayat: Ibu bapa dan guru haruslah bergerak dalam satu saf untuk mendidik anak-anak muda untuk menjamin masa depan yang cerah buat mereka.

47. PARADIGMA - Model yang jelas tentang sesuatu

Contoh ayat: Kerajaan sedang merancang untuk melakukan anjakan paradigma agar masalah penyulusupan dadah ke dalam negara dapat dibendung.

48. KODIFIKASI - Kegiatan menyusun maklumat

Contoh ayat: Arman sedang melakukan kodifikasi mengenai kajian yang telah dibuatnya untuk memudahkan dia menyemak maklumat-maklumat tersebut.

49. ENTENG - Ringan, mudah

Contoh ayat: Masalah gejala sosial pada masa kini tidak boleh dipandang enteng dan tindakan segera harus diambil supaya perkara ini tidak berlarutan.

50. CAKNA - Ambil berat

Contoh ayat: Semua pelajar haruslah cakna dan peka dengan informasi yang bakal disampaikan oleh guru-guru bertugas semasa perhimpunan rasmi nanti.

51. TUNTAS - Menyeluruh dan lengkap

Contoh ayat: Tuntasnya, bantuan BR1M ini mampu untuk membantu golongan berpendapatan rendah dengan kos sara hidup yang tinggi pada masa kini.

52. IZHAR - Jelas

Contoh ayat: Izharnya, media sosial mampu untuk mempengaruhi minda golongan muda untuk terlibat sama dalam masalah gejala sosial yang semakin menjadi-jadi.

53. AFDAL - Lebih baik

Contoh ayat: Amalan membaca merupakan inisiatif yang afdal untuk kita menambah ilmu pengetahuan serta mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

54. JERAYAWARA - Pameran, ceramah

Contoh ayat: Kerajaan haruslah mengadakan jerayawara buku dengan lebih kerap untuk memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat.

55. REKAYASA - Penerapan unsur-unsur ilmu

Contoh ayat: Kaedah rekayasa semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dapat menjamin proses tersebut berjalan dengan efektif dan bermakna.

56. EGOSENTRIK - Mementingkan keperluan sendiri

Contoh ayat: Kita haruslah mengelakkan diri daripada sifat egosentrik sesama jiran kita untuk membina suasana kejiranan yang ceria dan harmoni.

57. ADIWANGSA - Bangsa mulia

Contoh ayat: Kita seharusnya berusaha bersungguh-sungguh untuk menaikkan nama negara ke mata dunia supaya kita menjadi adiwangsa yang mengharumkan nama negara.

58. EGALITARIANISME - Fahaman bahawa semua orang sama rata

Contoh ayat: Kerajaan melaksanakan gagasan ‘1 Malaysia’ untuk menerapkan fahaman egalitarianisme ke segenap lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai adat dan budaya.

59. ATMA - Jiwa

Contoh ayat: Suasana pembelajaran yang tidak kondusif mampu memberikan gangguan atma kepada pelajar sekali gus memberi impak yang buruk kepada prestasi akademik pelajar tersebut.

60. BOBROK - Rosak, binasa

Contoh ayat: Ayah telah membeli membeli sofa baru untuk menggantikan sofa lama yang sudah bobrok di ruang tamu rumah kami.

61. PENGITLAKAN - Membuat rumusan

Contoh ayat: Sebagai pengitlakan, kerajaan dan rakyat haruslah berganding bahu menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar yang semakin menjadi-jadi supaya negara kita sentiasa berada dalam keadaan yang bersih.

62. EFISIEN - Berkesan

Contoh ayat: Mesin jahit itu sudah berfungsi secara efisien setelah dibaiki oleh ayah beberapa hari lepas.

63. GELANDANGAN - Merempat

Contoh ayat: Fawwaz sedih melihat seorang gelandangan yang dipukul kerana memakan sisa-sisa makanan di sebuah restoran yang dilaluinya.

64. MUASIR - Kontemporari, semasa

Contoh ayat: Muasir ini, kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat dan perkara ini disebabkan oleh kecuaian pemandu sendiri.

65. SIMBIOSIS - Perkaitan hidup antara dua atau lebih organisma

Contoh ayat: Sudah terang lagi bersuluh, simbiosis antara guru-guru dan para pelajar mampu menghidupkan suasana pembelajaran yang kondusif dan selamat.

66. PIDANA - Kejahatan

Contoh ayat: Ibu bapa haruslah sentiasa memantau kelakuan anak-anak mereka untuk mengelakkan mereka daripada melakukan sebarang pidana.


67. NINGRAT - Orang mulia

Contoh ayat: Amri dianggap sebagai golongan ningrat kerana sanggup berkorban harta benda untuk menolong golongan kurang berkemampuan dan gelandangan di kawasan sekitar Kuala Lumpur.

68. JEMBEL - Miskin

Contoh ayat: Walaupun Hani berasal daripada keluarga yang jembel, namun perkara tersebut tidak pernah sekalipun mematahkan semangat Hani untuk terus belajar dan mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang jurutera pada masa akan datang.

69. MURBA - Rakyat jelata

Contoh ayat: Sebagai golongan murba, kita seharusnya sentiasa patuh dengan undang-undang negara agar kedaulatan negara sentiasa terjamin.

70. PROLETAR - Kaum yang suka membunuh / membuat kacau

Contoh ayat: Kerajaan sewajarnya menghapuskan golongan-golongan proletar yang selalu membuat kacau di sekitar ibu kota supaya rakyat dapat hidup aman dan tenteram.

No comments:

Post a Comment